Director's Welcome

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan telah berjaya mewujudkan sebuah laman web baru yang lebih ceria dan berinformatif.

Sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan kerana dengan usaha dan kerjasama erat antara mereka telah dapat menghasilkan sebuah laman web yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna yang berkepentingan (stakeholder).

Dengan adanya laman web yang berinformatif dan terkini adalah diharapkan para pengguna yang terdiri daripada Pusat Tanggungjawab, pelajar dan pembekal dapat mengakses maklumat-maklumat berkaitan Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD).

Para pengguna juga dialu-alukan untuk memberi sebarang bentuk komen, pandangan ataupun teguran kepada kami melalui saluran yang disediakan samada melalui media sosial yang lain seperti facebook mahupun emel. Mudah-mudahan dengan komen dan teguran para pengguna sekalian akan dapat membantu jabatan kami memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekian, Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

DR. AFIRUDDIN TAPA

Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD)
Universiti Utara Malaysia

Sekian, terima kasih.