All News

Manual Bidding No Plate UUM

SESI BIDAAN MANUAL PLAT EKSKLUSIF UUM DIBUKA
UUM ONLINE: Orang ramai yang terlepas memiliki nombor pendaftaran eksklusif UUM melalui bidaan atas talian pada Februari dan Mei lalu masih berpeluang mendapat nombor kegemaran masing-masing melalui sesi bidaan manual.
Bidaan secara manual itu boleh dibuat dengan cara menulis e-mel dan menyatakan hasrat untuk membida nombor yang dihajati kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sejak dilancarkan pada Februari lalu, sambutan daripada orang awam, alumni dan staf UUM amat menggalakkan. Sudah banyak kenderaan yang didaftarkan dengan nombor plat eksklusif UUM ini yang bangga meluncur bergerak di seluruh pelosok negara.
Keunikan plat UUM ini semakin mendapat perhatian orang ramai bukan sahaja dalam kalangan warga UUM, malah masyarakat luar.
Untuk menyemak nombor yang masih belum dijual, penggemar nombor UUM boleh membuat semakan di laman web https://uumplate.uum.edu.my/User/Pembida/CarianNombor.aspx
Bagi yang berhajat memiliki nombor UUM, jangan lepaskan peluang ini!
Lawat laman web rasmi di https://www.uum.edu.my/